Lovely Chocolate Heart

Hantar Coklat Kat Orang Tersayang Dengan Facebook

Jom Kembangkan Lagi Network Churp Churp

Untuk Sesiapa yang ader ramai kawan di facebook atau twitter

Tuesday, May 24, 2011

Kenapa Berlakunya Tanah Runtuh atau Landslide?


Kejadian tanah runtuh atau landslide adalah fenomena geologi yang merangkumi pelbagai gerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun dan aliran sisa tanah yang cetek. Walaupun tindakan graviti adalah penggerak utama untuk tanah runtuh terjadi, tetapi ada faktor lain juga yang mempengaruhi kestabilan cerun asal. Biasanya, terdapat faktor tertentu yang menjadikan kawasan atau lereng bukit terdedah terhadap kegagalan.

Ok..Tanah runtuh terjadi apabila kestabilan cerun berubah dari stabil untuk keadaan tidak stabil. Tu yang tiba-tiba kebabooo tu.. Suatu perubahan dalam kestabilan cerun juga boleh disebabkan oleh beberapa faktor dari alam semulajadi iaitu:

  • Air tanah (porewater) tekanan bertindak untuk meranapkan lereng
  • Kehilangan atau tidak adanya nutrisi tanah, dan struktur tanah
  • Hakisan kaki lereng dengan sungai atau gelombang laut


Selain tu tanah runtuh yang disebabkan oleh aktiviti manusia meliputi kegiatan seperti penanaman, pembinaan atau mengganggu kestabilan cerun yang sudah rapuh.

Antara aktiviti lain yang menjadi punca kenapa berlakunya tanah runtuh adalah:

  • Getaran dari mesin atau lalu lintas
  • Letupan
  • Pembinaan yang mengubah bentuk lereng, atau yang mengenakan beban baru pada lereng yang ada
  • Aktiviti pertanian atau perhutanan (penebangan pokok tanpa kawalan)

Tetapi yang menjadi punca banyak kejadian tanah runtuh dalam negara kita ni sebenarnya akibat daripada aktiviti manusia jugak.

Moral: Jagalah Alam Sekitar Demi Kepentingan Kita Bersama..sentiasa alert sekiranya korang tinggal berhampiran dengan lereng bukit..

p/s: Alfatihah buat semua mangsa kejadian tanah runtuh di Hulu Langat.. 

Tekan butang share tu yer..

Monday, May 2, 2011

Osama Bin Laden Masih Hidup atau Mati?

Osama bin Laden masih hidup ke?Sekarang ni heboh kat internet yang mengatakan Osama bin Laden telah mati..tapi kenapa sekarang yer? Bukan dulu ramai yang dah anggap Osama Laden dah mati ke..ye la lagipun dah lama tak kua berita pasal ketua Al-Qaeda ni..


Empat helikopter askar Amerika di katakan menembak Osama bertubi-tubi di perkarangan persembunyiannya yang didakwa di Pakistan..Dia dikatakan tinggal di sebuah rumah di bandar Abbottabad yang bertempat di sekitar Islamabad..


Hmm tapi walau macam mana pun diorang cakap dah bunuh Osama tunjukkanla buktinyer..Kebanyakan bukti yang disiarkan di internet hanya gambar yang dikatakan superimpose semata-mata dan masih tiada bukti-bukti fizikal yang menunjukkan Osama bin Laden sudah mati. Ramai yang menyatakan Osama bin Laden masih hidup. Adakah korang fikir dengan membunuh Osama Bin Laden ia dapat menjadikan dunia ni aman? Siapa sebenarnya yang asyik buat kekacauan atas mukabumi ni?Sentiasa mencari kesalahan orang lain untuk bertindak.. 

Disebalik serangan September 2001 pun telah ada banyak konspirasinyer..




P/s:Moral:Sudahnya kebencian antara manusia ni tak pernah pupus selagi jin dan Iblis menjalankan tugasnya..
                Fight for Your Right dan Lu Pikir la Sendiri..

Ce Korang Check :  Belajar Janawang Internet dengan Teknik Clickbank

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogged.my

Share Kalau Suka

Facebook Twitter