Lovely Chocolate Heart

Hantar Coklat Kat Orang Tersayang Dengan Facebook

Jom Kembangkan Lagi Network Churp Churp

Untuk Sesiapa yang ader ramai kawan di facebook atau twitter

Tuesday, March 29, 2011

Cara Mudah Download Video Dari Youtube

Nak Download Video Dari Youtube ni banyak caranya tapi yang selalu orang buat ialah melalui copy paste url video youtube yang nak di download kan ke website lain pastu tekan download..Leceh gak tuh


Tapi ada cara yang lebih mudah iaitu dengan menggunakan Add-ons Easy Youtube Video Downloader untuk browser Mozilla Firefox..Add-ons ni percuma jer.Caranyer sangat mudah senang jer kalu korang memang dah pakai browser ni..Tapi kalu belum search jer Firefox software kat google pastu install..saye memang suka guna cara ni sebab menjimatkan masa,klik jer butang download kat website youtube terus masuk hard disk..Pilih jer video maner yang korang suker..


Add-ons ni juga membolehkan kita memilih format video yang kita nak download contohnye mp3,mp4 atau flv dan sebagainyer..jadi lepas download xyah la susah susah nak convert lagi kan..Ok kalu korang nak cuba boleh ikut step kat bawah ni:

  1. Pastikan korang guna Mozilla Firefox 
  2. Buka Firefox pastu kat Menu > Tools > Add-ons > Get Add-Ons > Search = Easy Youtube Video Downloader (atau gi kat link ni Easy Youtube Video Downloader > klik Add to Firefox > Restart Browser
  3. Lepas restart boleh terus ker Youtube buka jer video aper yang korang nak..korang akan nampak button download yang sebelum ni x ada..
  4. So apa lagi Seraaaaang..haha

Selamat mencuba kalu rase info ni berguna jangan lupe share ngan kawan2 yer..Peace
 

Sunday, March 27, 2011

Cara nak set Tide Graph Jam Tangan Casio Marine Gear: Lunitidal Interval Malaysia

Sayer baru jer beli jam tangan Casio Marine Gear siri AMW-710




Tujuan utama sayer beli jam ni coz ia ader function Tide Graph (Carta Pasang Surut Air) dan Moon Phase (Fasa Bulan) yang sangat berguna untuk pemancing (macam sayer) dan boleh di jadikan panduan untuk merancang jadual bile nak memancing..sebab jam ni bagi info tentang level air menaik dan menurun.

Tapi biler dah beli jam ni sayer ader masalah sebab setting Tide Graph dier xbetul..ye la maner tak nyer biler sampai kat tempat mancing air sedang surut tapi indicator jam menunjukkan air pasang penuh..aik pelik ni apa
sudah jadi..check punyer check rupanyer jam ni masih default setting iaitu setting untuk Jepun haha ingatkan
dier automatik set..ni la yang terjadi kalau malas nak baca buku manual..

Kaji punyer kaji ader 3 jenis Data yang perlu dimasukkan supaya indicator Tide Graph menunjukkan data yang betul iaitu

1. UTC
2. Longitud
3. Lunitidal Interval

Note : Mesti ikut data di Malaysia

Yang hampehnyer dalam buku manual dier tak der data yang untuk malaysia ni..tapi Jakarta ader plak?how come?
Xper kaji lagi dah dapat data untuk UTC dan Longitud (data ni kalau nak lagi tepat masukkan value di mana kawasan anda berada)..Sekarang turn Lunitidal Interval huh cari kt google pun xder nampaknyer hanya teori sajer yang ada iaitu Lunitidal Interval adalah perbezaan masa antara bulan yang melepasi kawasan meridian dan air pasang seterusnya..

Nampaknyer kena kira manual la ni sebab xder software yang yang boleh buat kira2 data ni
Ok first kena dapatkan masa Moon Up (masa bulan melepasi meridian)..Nak dapatkan ni kena cari value masa Moon Rise Dan Moon Set (Masa tengah2 antara moon rise dan moon set inilah yang di panggil Moon Up..Pastikan cari data mengikut kawasan di mana kita berada) pastu baru cari Masa Air Pasang Paling Tinggi selepas waktu Moon Up (yang ni boleh cari dalam jadual pasang surut boleh dapat kat majalah atau kedai pancing dalam google pun boleh search ni)

Lepas tu baru leh dapat Lunitidal Interval (nilai dier dalam Jam:Minit)..

Lunitidal Interval = Moon Up - Masa Air Pasang Paling tinggi Selepas Moon Up

Yes..akhirnya dapat jugak

Ini Setting yang saya Dapat untuk kawasan saye iaitu di Terengganu ialah

1. UTC = +8
2. Longitud = 103° East
3. Lunitidal Interval = 7:11

p/s: compare balik indicator jam dengan jadual pasang baru ada persamaan..selain tu check jugak ngan lapangan memancing betul ker tak (kalau kat kolam tu x payah la hehe)

Kalau rase info ni berguna sebar2 kan lah yer..boleh klik kat share tu..

Wednesday, March 23, 2011

Memperingati World Water Day 2011

Saper kat sini belum mandi?kalau takder air camner nak mandikan?alamatnyer terjun sungai la tu pun kalau rumah dekat ngan sungai..Pada tarikh 22 Mac kalu korang nak tahu sebenarnya adalah Hari Air Sedunia ataupun World Water Day sempena mengingati kepentingan air dalam kehidupan manusia sejagat(tapi bagi saya tiap2 ari pun saya ingat air sebab ia memang keperluan asas dalam kehidupan kan)

Sebab air juga kita boleh menjalani kehidupan dan sebab air juga kita boleh binasa..Tapi yang penting sekali Ingat Allah S.W.T kerana Dialah yang mencipta Air..

p/s: Pesanan masyarakat dan juga diri sendiri,Jangan buat pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran air dan satu lagi jangan dok membazir air jer..kalu buat jugak pi pindah kat planet pluto keh3

www.worldwaterday.org

Monday, March 21, 2011

Akibat Bawa Isteri Pergi Memancing

Inilah akibatnya kalau suami suka sangat bawa isteri pergi memancing:


Dua orang ni bersembang tentang memancing. Justin berkata kepada Bieber, "Sumpah aku takkan bawak lagi bini aku pi mancing sama-sama, SUMPAH!(Dengan gaya seorang ahli politik)" Bieber berkata"Kenapa ko takut bini ko jatuh dalam air ker?"

Kata Justin "Taklah bukan sebab tu tapi sebab ape yang dia buat masa memancing semuanya salah!
Dia bercakap terlalu banyak,buatkan perahu terhoyong-hayang, cuba NAK berdiri dalam perahu,letak UMPAN pun tak betul,dan dan yang TERBURUK dari semua tu dia dapat IKAN lebih banyak dari AKU!HUWAAAA!!!"

Sunday, March 20, 2011

Ikan Pelik Muncul lagi Selepas Tsunami?


ha ni lah dier ikan tu nampak cam pelik tak?Ikan ni saya sendiri yang pancing ntah dari mana datangnya tak taula..

Mungkin tak lah sepelik mane kan tp ikan ni beracun sebenarnya sebab ia boleh membunuh manusia sekiranya organ dalamannya dimakan..setengahnya pulak tu kulit atau lendir dibadannya pun dah ader toksin yang kuat untuk melumpuhkan mangsanya..ader sesiapa tahu ape name sebenar ikan ni? ha kalau tau bagitau jawapan anda di ruangan komen di bawah yer..:)

Friday, March 18, 2011

SURPRISE!! Juara Raja Lawak 5 2011..

Ramalan ku Benar Belaka

Haha akhirnya betul gak ramalanku..100% betul..

xcayer tengok post lepas tentang ramalan ni..



Man Juara : Lawak pasal Kongsi Gelap dan Mat Rempit memang best


Naib Juara R2..Lawak jugak diorang ni...I love U I love U..hehe

Ketiga Pulak ialah Balas...ya ok jugak diorang ni...penang mai...

aper2 pun tahniah pada Man yang jadi juara

lepas ni bertambah lagi dunia lawak tanah air..

Man memang surprise dan mantop

SURPRISE!!! (ala2 Eric Leong)HAHA..

Tuesday, March 15, 2011

Kenapa berlakunya Tsunami Di Jepun?


Sekarang ni dunia dikejutkan dengan kejadian tsunami yang amat dasyat..semua dok kecoh bercakap pasal ni..termasukla saya keh3..tapi tahu tak korang kenapa tsunami tu dipanggil tsunami?kenapa xpanggil dengan nama lain?
Sememangnya jepun memang sinonim ngan tsunami ni iaitu ombak besar yang datang tiba2 membanjiri kawasan penduduk.

Perkataan Tsunami sebenarnya diambil dari gabungan dua perkataan iaitu (tsu) yang membawa maksud (pelabuhan) dan (nami) bermaksud (ombak)..maka jadilah tsunami..tapi tak korang aper yang menyebabkan berlakunyer tsunami ni?


Kepada yang tak tahu ia berlaku disebabkan oleh pertembungan antara dua plat mukabumi..pertembungan ni menyebabkan berlakunya gelinciran antara plat tersebut dan tercetuslah tenaga yang menghasilkan ombak yang besar..ha ni jer yang saya tau untuk kongsi bersama sambil tu renung2kan dan ambil iktibar terhadap aper yang berlaku...amin

Saturday, March 12, 2011

Tsunami Raja Lawak 5 Final

Tsunami?mintak dijauhkan..namun ape yang saya nak cakap kat sini ialah pertandingan final raja lawak 5 yang akan berlangsung dalam minggu depan..


3 peserta dah pun dipilih masuk ke final ialah (mengikut susunan keputusan yang diramal oleh ku ialah:

Juara : Man

Naib Juara : R2

Ketiga : Balas

sebagai penonton setia raja lawak 5 (walaupun aku x undi diorang hehe) aku jangkakan man akan jadi juara..keh3

p/s: rancangan yang aku xpenah miss...

Monday, March 7, 2011

Memancing ikan bebulus

Layan ikan kecik pun best gak

Balik rumah terus masuk dapur heheh




Wednesday, March 2, 2011

GEMPAR!!: Produk ClickBank Mania Terhad..nak tahu baca ni..

Salam semua,

hari ni sayer buka topik bisnes pulak untuk dikongsikan dengan anda semua iaitu Produk Clickbank Mania daripada Ammar Zahar. Ianya baru sahaja dilancarkan pada 28 Feb 2011 untuk dijual kepada umum dan ternyata sekarang ni ia mendapat sambutan yang amat baik di kalangan mereka yang serius untuk menjana pendapatan yang lumayan melalui clickbank.


Di dalam produk ini terdapat banyak modul yang memberi tunjuk ajar macam mana cara untuk buat duit dengan clickbank secara terperinci. Jadi saya pasti dengan harga yang sangat berpatutan bagi saya ini merupakan peluang keemasan yang patut dimiliki oleh semua rakyat malaysia terutamanya yang lemah B.I(Inggeris) :). Jangan buang masa lagi sebab produk ni sangat terhad.

Sekiranya anda berminat dengan produk ni boleh beli melalui link affiliate saya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogged.my

Share Kalau Suka

Facebook Twitter