Lovely Chocolate Heart

Hantar Coklat Kat Orang Tersayang Dengan Facebook

Jom Kembangkan Lagi Network Churp Churp

Untuk Sesiapa yang ader ramai kawan di facebook atau twitter

Wednesday, April 20, 2011

JOM Buat duit di CLICKBANK! dengan Teknik Clickbank Yang Betul


Assalamualaikum..Hi kawan-kawan, hari ni mufami nak share something yang best pasal buat duit secara online iaitu melalui CLICKBANK!..Yela sambil korang buat Nuffnang ads,Churp Churp, Says atau yang seangkatan dengannya tu boleh jer try buat Clickbank plak..Caranya mudah jer kalau korang tau TEKNIK CLICKBANK yang betul..

Apa tu clickbank? korang nak tau tak? Clickbank ni  ialah laman web pemprosesan bayaran secara online, tak silap mufami ada 30 000 transaksi jual beli dalam sehari..ia menjual produk digital (korang boleh download terus ke komputer atau laptop)  dan kebanyakan produk-produk clickbank ni senang nak dijual! oleh itu kita boleh ambik kesempatan ini dengan menjadi ejen affiliate untuk produk-produk di clickbank..Lagipun komisen yang diberi tu ada yang sampai 75% (komisen dalam USD tu) dari harga jualan



Ehsan dari Google
Korang pergi jer kat clickbank marketplace kemudian pilih jer mana-mana produk yang korang suka pastu promosikan jer produk tu  :D hehehe... tapi korang kenala tahu nak buat duit clickbank ni bukan satu perkara yang mudah oleh itu mufami akan berkongsi sedikit tips untuk korang promosikan produk clickbank ni dengan cara yang betul..

Korang gunakan promosi berbayar seperi google adoword ke, banner advertising ke, kalau guna cara percuma pulak macam pemasaran artikel & pemasaran video. tapi of course la kalau guna cara percuma ni lambat sikit hasilnya & kebanyakan orang mudah putus asa.. dah nama teknik free kene la buat betul-betul sampai dapat hasil.. nak cepat guna je la pemasaran berbayar tapi untung rugi tu tanggung sendiri la yer kalu ada modal lebih bolehla buat yer.. hehehe..

Buat korang yang baru nak mula, mufami sangat sarankan gunakan teknik percuma dahulu la yer.. walaupun teknik ni hasilnya lambat tapi kesannya akan berpanjangan sehingga tempoh bertahun-tahun. Mufami sangat galakkan korang dapatkan produk dari sorang mamat ni.. orang panggil di Zyan.. dia ni affiliate clickbank.. mufami tengok income dia boleh tahan gak.. kalau korang tak caye korang pergi website die kat bawah ni..

Klik jer kat sini ===>>http://www.teknikclickbank.com/

p/s: Modal yang sebenar untuk kita buat duit di internet adalah Minat 
Jangan lupe tekan share tu yer..:)

Monday, April 18, 2011

Kolony Celcom Cara baru dan Mudah untuk Bersosial


Kolony Celcom? Tiap kali iklan tv mesti kua logo ni misteri la plak,mula mula kua logo jer pastu kua plak mat2 dan aweks2 cun berlari-lari sambil ibu jari diorang bergerak gerak macam menekan sesuatu..ape maksud logo yang berwarna oren ni sebenarnya?Ntahla kalau orang tanya saya jawab ni logo biohazard ni..hmm tapi cam berlainan dan cuma seakan-akan jer..


Bila iklan tu dah kua full barulah terjawab iklan tu rupanya dari celcom dan logo tu adalah untuk Kolony Celcom cara baru dan mudah untuk bersosial..sosial networking cara sms jer..So macam mana nak bermula dengan Kolony?mudah jer korang taip ikut cam dalam gambar ni..

kalau korang nak tau lebih lanjut gi jer website Kolony ni..

p/s: Jangan terkena infeksi H1N1 dah la yer

Check :  Pendapatan Sampingan di Internet RM 1000 Dengan Churp Churp

Tuesday, April 12, 2011

Pendapatan Sampingan di Internet RM 1000 Dengan Churp Churp


Wow banyak tu..angka yang agak lumayan bagi program buat duit dengan Churp Churp yang kita join secara percuma tapi kalau nak dapat RM 1000 tu kena la usaha (tak mustahilkan?)..Bagi mereka yang ada beribu friendlist di facebook dan twitter teramatlah rugi kalau tak join Churp Churp ni bukan aper join free jer..dapat 10 kali cashout cukupla RM 1000 ye tak..sambil-sambil berFB dan berTwitter tu dapat la jugak pendapatan kan..


OK sebelum tu kepada anda yang tak tau ape itu Churp Churp dan bagaimana Churp-Churp boleh memberikan pendapatan sampingan kepada anda semua..mufami akan terangkan serba sedikit supaya korang faham..Churp Churp merupakan sebuah komuniti iklan yang membayar ahlinya melalui perkongsian maklumat iklan..jadi tugas ahli cuma share je iklan semasa churpchurp (boleh pilih)..churpchurp akan bayar mengikut nilai yang ditetapkan untuk setiap orang klik iklan tersebut atau beli barangan melalui iklan yang anda kongsikan..haa mudah jer kan kalau ader orang klik senang senang je dapat duit..



Terpulangla pada korang kalau nak lepaskan peluang keemasan ini..kalu nak join boleh tekan link di bawah


JOIN SINI


p/s: Tak salah kita mencuba..dah cuba kenala berusaha..:)

Monday, April 11, 2011

Ringtone Sole Sole Usop Wilca Dan Johan

Lagi lagi usop wilca tak abis2 ngan usop wilca naper korang dah jemu ker?Nak wat camner tahun ni memang rezeki usop wilca ni jadi fenomena..masa dalam citer zombie kampung pisang dulu xderla meletup sangat haha usop wilca dah ader peminat dier sendiri sekarang lam FB,Twitter dan banyak lagi..


Entry kali ni mufami nak kongsi ngan korang yang masih tercari cari ringtone lagu sole sole usop wilca dan johan (Abi Hurairah) dalam citer Hantu Kak Limah Balik Rumah..mufami upload full version dan jugak short version..








Sebelum tu Layan Video ni dulu..

Korang boleh download dan layan lagu sole sole ni sampai pengsan..


DOWNLOAD FULL VERSION



DOWNLOAD SHORT VERSION




p/s: Lagu ni lagu 70an, Tajuk lagu ni ialah Soley Soley..
Korang mesti check : Ringtone Goyang Kepala Jozan

Saturday, April 9, 2011

Usop Wilca buat kejutan lagi Di Maharaja Lawak Minggu 2

Salam sume..korang der tengok tak maharaja lawak tadi?haha x cukup kat ABPBH 2010 Usop Wilca buat kejutan pulak kat pembukaan gelanggang maharaja lawak minggu 2 malam tadi..hai macam macam disuruh tuko nyer suh bubuh kaler pink har2..fenomena usop ni memang menjadi-jadi sekarang ni kan dengan tagline nyer iaitu kita bako kita bako har2..sume memang gelak dan sangka usop wilca akan buat kejutan..tapi hari ni wilca dier xder la plak..tu la len kali amikla english edukesyen..

Selain tu persembahan maharaja lawak tadi ader yang best dan ader jugak yang kurang..namun mufami rase diorang dah buat yang terbaik..Astro pulak nak buat kejutan lagi pada minggu depan kerana penyingkiran minggu ke 2 akan diumumkan pada minggu ke 3..





Jozan buat lawak tiru gaya Dato Yusof Haslam dan anaknya Soul haha ko memang pandai tiru suara Dato Johan..walaupun lawak dier dah pernah tengok kat rajalawak sebelum ni tapi isi yang baru diguna..memang menghiburkan jugak..ape2 pun Jozan masih best..

Kumpulan Jambu buat lawak lain dari yang lain (xsangka yus boleh buat orang gelak sakan sekarang) gimik Zila Bakarin..Tok penghulu pakai Boxer jer?memmang memalukan heheh..best jugak lawak diorang ni sekarang..juri puji melambung Jambu ni..


p/s:Minggu depan Maharaja Lawak dah tak siaran kat Prima lagi..huaaa..

Check:

Friday, April 8, 2011

Ringtone Goyang-Goyang Kepala Jozan


Semenjak jozan pakai ringtone goyang-goyang dalam maharaja lawak hari tu(haha zizan pakai yang suara johan punyer)..ramai yang tercari-cari lagu ni nak buat ringtone..Ha kepada yang tercari-cari lagu goyang-goyang jozan tuh..kat sini saye nak kongsi ngan korang lagu tersebut..Meh goyang2 kepala korang ngan lagu ni goyang sampai pening har2..



 tapi part yang goyang2 je la saye uploadkan sebab lagu ni sebenarnya lagu Tamil..:)


DOWNLOAD RINGTONE




Korang Mesti Check : Ringtone Sole Sole Usop Wilca

Wednesday, April 6, 2011

Video Maharaja Lawak Jozan Minggu 1


Masih duk cakap lagi pasal ABPBH 2010? ha xperla kalu macam tu sambil2 duk sembang ag pasal tu meh kita layan video zizan ni dalam rancangan maharaja lawak minggu yang pertama..Ini adelah video maharaja lawak jozan (Johan & Zizan) minggu yang pertama..









Michael Bay tawar zizan berlakon dalam Transformers 4?hahah 

Hhaha teruk gak kena komen ngan mamat khalid ni..mungkin sebab juri ni terlalu mengharapkan lawak yang tahap maharaja tu dari diorang ni..tapi bagi mufami xlah teruk sangat janji penonton gelak dan terhibur kan..yela kalau dibandingkan dengan peserta lain Jozan adalah antara peserta yang dijangka menggugat kedudukan peserta yang lain..aper2pun harap diorang akan buat yang lagi baik dalam rancangan untuk minggu akan datang..

p/s: Ader ke orang buat ringtone lagu Goyang2 Goyang kepala Goyang2..hahah

Download Video Ni 
File ni dalam format flv so guna player yang boleh main file ni..

Monday, April 4, 2011

Pengacara dan Pemenang ABPBH 2010 Zizan

Saya pasti korang sume dah tau siapa yang menang Anugerah Bintang Paling Popular 2010 iaitu Shaheizy Sam x sangka ramai betul yang undi der ni termasuk lah mak beliau sendiri haha boleh gak camtu yer..Nasib baik Dato Siti Dah mengundur diri..siap ucap terima kasih kat Dato Siti ag tuh.



Tapi bagi saya yang betul2 menghidupkan suasana semalam adalah pengacara dan juga salah seorang pengacara dan pemenang ABPBH 2010 iaitu Zizan yang menang Artis Lelaki Komedi Paling Popular..Bersama dengan raja azura dan s.shahira memang kecoh dan lawak la haha..Zizan nampak cam terkejut bila menang anugerah tu..ingatkan dier nak buat lawak masa ucapan tu tapi serius la pulak heehe sampai kena kutuk ngan shahira



Yang Last sekali pun gempak gak haha dan lagi tu Usop Wilcha ngan Abi buat kecoh..memang hantu kak limah balik ABPBH tul la hehe setuju tak?saper setuju angkat tangan cam sayer(tangan ala penari kebudayaan)..nasib baik tak dibakor nyer stage tuh..

Memang hantu kak limah ni jadi fenomena gak la kan kat Malaysia ni..

Walau apa pun..Setiap orang yang berusaha tu pasti dapat hasilnya xkira dalam aper jua bidang yang kita buat


P/s: Pendapat peribadi saye:Persembahan pembukaan nampak ader kelainan tapi agak hambar..sebab kurang tenaga...Zizan ader peluang jadi Artis Paling Popular pada masa akan datang..keep it up

Friday, April 1, 2011

Gelanggang Maharaja Lawak Pada Malam Ini

Akhirnya tak cukup dengan raja lawak kini tiba pulak satu lagi rancangan astro iaitu maharaja lawak..Tayangan serentak  di saluran Astro Warna Dan Astro Prima tapi kt Prima untuk 2 minggu pertama jer (hampeh)

Semua peserta yang terlibat dan tercalon secara automatik ni adalah finalis-finalis dari rancangan Raja Lawak Musim 1 hingga Musim 5..Juara Raja Lawak terbaru iaitu Man juga turut serta (baru je menang terus dapat masuk program baru)..Rancangan ni menonjolkan Ac Mizal sebagai pengacara dan Jozan plak salah satu dari peserta..Mungkin astro nak bagi kelainan kot kat rancangan ni..Tapi ade gak peserta yang tak dapat join iaitu Cham dan Angah..

Diorang sumer diberi pilihan nak bergerak solo atau berkumpulan..disebabkan ni maka ader jugak peserta solo yang buat kumpulan iaitu Jambu (Yus & Tauke),Jozan (Johan & Zizan),Wai(Kecik & Idlan Pon Pon)..Lain2 peserta ialah Nabil, Kumpulan XN3, Kumpulan Sepah, Jihan, Amir,Alex, Man, Kumpulan Balas dan Kumpulan R2..


Ni adalah 5 contestant faveret saye mengikut turutan

  1. Jozan
  2. Sepah
  3. Man
  4. R2
  5. Jihan
Tapi siapakah yang menjadi pengkritik? dan Siapakah bakal juara?Ntahla sama2 kita tengok malam ni..

P/s: Agak2 lepas maharaja lawak ni ader lagi tak? mungkin super maharaja lawak kot haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogged.my

Share Kalau Suka

Facebook Twitter