Friday, July 29, 2011

Apa Sudah Jadi Malaysia Vs Singapore?


Keputusan perlawanan bola sepak kelayakan  piala dunia 2014 antara Malaysia VS Singapura  telah pun berakhir dengan 1-1..Walaupun bermain di tempat sendiri,Nampaknya belum rezeki malaysia untuk mara seterusnya ke peringkat piala dunia..

Barisan serangan yang di ketuai oleh Safee memang ada banyak kelebihan namun kekurangan penyudah yang menarik sehinggalah Safee menjaringkan gol.Selain itu,yang cukup mengecewakan saya adalah barisan pertahanan yang nampak sangat terlalu longgar walaupun K.Rajagopal menafikannya pada perlawanan lepas hinggakan penyerang Singapura kerap kali berjaya meloloskan diri dan akhirnya berjaya menyumbat satu gol  mudah. Nampaknya senario yang sama di Singapura berulang lagi di Stadium Bukit Jalil..Apa percaturan K.Rajagopal sebenarnya?





Yang paling saya puji adalah penjaga gol Malaysia iaitu Khairul Fahmi Che Mat yang banyak kali menyelamatkan keadaan disebabkan barisan pertahanan yang mudah ditembusi..Beliau adalah Man of The Match Mufami hahaha..Apa pun perjuangan Harimau Malaya belum berakhir lagi diharap moga pasukan bola sepak Malaysia akan terus membaiki mutu pemainan menuju ke arah peringkat dunia..

p/s: Kalau la boleh control game tadi macam main game PES sure boleh menang punya..boleh adjust setting baik punyer :)

Belajar Buat Duit di Internet Dalam USD

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share Kalau Suka

Facebook Twitter