Lovely Chocolate Heart

Hantar Coklat Kat Orang Tersayang Dengan Facebook

Jom Kembangkan Lagi Network Churp Churp

Untuk Sesiapa yang ader ramai kawan di facebook atau twitter

Tuesday, March 29, 2011

Cara Mudah Download Video Dari Youtube

Nak Download Video Dari Youtube ni banyak caranya tapi yang selalu orang buat ialah melalui copy paste url video youtube yang nak di download kan ke website lain pastu tekan download..Leceh gak tuh


Tapi ada cara yang lebih mudah iaitu dengan menggunakan Add-ons Easy Youtube Video Downloader untuk browser Mozilla Firefox..Add-ons ni percuma jer.Caranyer sangat mudah senang jer kalu korang memang dah pakai browser ni..Tapi kalu belum search jer Firefox software kat google pastu install..saye memang suka guna cara ni sebab menjimatkan masa,klik jer butang download kat website youtube terus masuk hard disk..Pilih jer video maner yang korang suker..


Add-ons ni juga membolehkan kita memilih format video yang kita nak download contohnye mp3,mp4 atau flv dan sebagainyer..jadi lepas download xyah la susah susah nak convert lagi kan..Ok kalu korang nak cuba boleh ikut step kat bawah ni:

  1. Pastikan korang guna Mozilla Firefox 
  2. Buka Firefox pastu kat Menu > Tools > Add-ons > Get Add-Ons > Search = Easy Youtube Video Downloader (atau gi kat link ni Easy Youtube Video Downloader > klik Add to Firefox > Restart Browser
  3. Lepas restart boleh terus ker Youtube buka jer video aper yang korang nak..korang akan nampak button download yang sebelum ni x ada..
  4. So apa lagi Seraaaaang..haha

Selamat mencuba kalu rase info ni berguna jangan lupe share ngan kawan2 yer..Peace
 

Sunday, March 27, 2011

Cara nak set Tide Graph Jam Tangan Casio Marine Gear: Lunitidal Interval Malaysia

Sayer baru jer beli jam tangan Casio Marine Gear siri AMW-710




Tujuan utama sayer beli jam ni coz ia ader function Tide Graph (Carta Pasang Surut Air) dan Moon Phase (Fasa Bulan) yang sangat berguna untuk pemancing (macam sayer) dan boleh di jadikan panduan untuk merancang jadual bile nak memancing..sebab jam ni bagi info tentang level air menaik dan menurun.

Tapi biler dah beli jam ni sayer ader masalah sebab setting Tide Graph dier xbetul..ye la maner tak nyer biler sampai kat tempat mancing air sedang surut tapi indicator jam menunjukkan air pasang penuh..aik pelik ni apa
sudah jadi..check punyer check rupanyer jam ni masih default setting iaitu setting untuk Jepun haha ingatkan
dier automatik set..ni la yang terjadi kalau malas nak baca buku manual..

Kaji punyer kaji ader 3 jenis Data yang perlu dimasukkan supaya indicator Tide Graph menunjukkan data yang betul iaitu

1. UTC
2. Longitud
3. Lunitidal Interval

Note : Mesti ikut data di Malaysia

Yang hampehnyer dalam buku manual dier tak der data yang untuk malaysia ni..tapi Jakarta ader plak?how come?
Xper kaji lagi dah dapat data untuk UTC dan Longitud (data ni kalau nak lagi tepat masukkan value di mana kawasan anda berada)..Sekarang turn Lunitidal Interval huh cari kt google pun xder nampaknyer hanya teori sajer yang ada iaitu Lunitidal Interval adalah perbezaan masa antara bulan yang melepasi kawasan meridian dan air pasang seterusnya..

Nampaknyer kena kira manual la ni sebab xder software yang yang boleh buat kira2 data ni
Ok first kena dapatkan masa Moon Up (masa bulan melepasi meridian)..Nak dapatkan ni kena cari value masa Moon Rise Dan Moon Set (Masa tengah2 antara moon rise dan moon set inilah yang di panggil Moon Up..Pastikan cari data mengikut kawasan di mana kita berada) pastu baru cari Masa Air Pasang Paling Tinggi selepas waktu Moon Up (yang ni boleh cari dalam jadual pasang surut boleh dapat kat majalah atau kedai pancing dalam google pun boleh search ni)

Lepas tu baru leh dapat Lunitidal Interval (nilai dier dalam Jam:Minit)..

Lunitidal Interval = Moon Up - Masa Air Pasang Paling tinggi Selepas Moon Up

Yes..akhirnya dapat jugak

Ini Setting yang saya Dapat untuk kawasan saye iaitu di Terengganu ialah

1. UTC = +8
2. Longitud = 103° East
3. Lunitidal Interval = 7:11

p/s: compare balik indicator jam dengan jadual pasang baru ada persamaan..selain tu check jugak ngan lapangan memancing betul ker tak (kalau kat kolam tu x payah la hehe)

Kalau rase info ni berguna sebar2 kan lah yer..boleh klik kat share tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogged.my

Share Kalau Suka

Facebook Twitter